Tuesday, November 20, 2012

asslamualaikum..

 terasa seperti mahu aktif kembali d dalam arena ini..
 Buat masa skang masih macam sibuk so esok esok je laa story .. 

Wednesday, January 11, 2012

Belajar dan terus belajar..
 
kalau d sebut pasal bejalar.. rasanya aku dah lama tinggalkan zaman persekolahan..
tapi dalam untuk mencari ilmu belajar x perlukan waktu cuma rajin dengan malas je..
kalau d mintak aku sambung belajar d sek.. memang akan aku tarik diri dengan sendirinya.. tapi dalam bab ugama aku harus ters memperbaiki diri..
Dulu masa zaman kanak2 rajin sangat nak mengaji .. walaupon sek x tinggi tapi mengaji x tinggal sebab arwah ayah garang.. kalau x pergi, alamatnya ada laa yang cucuh biji mata dengan rotan.. agaknya kalau arwah aku masih hidup macam mana laa aku skang.. itu laa kisah lama kan.
 sekarang bila dah berusia begini baru laa belajar balik .niat nak meneruskan mengaji dah lama cuma masa yang x menginzinkan.. skang niee boleh pulak ada masa ke x kena redah jugak demi untuk pandai..dalam belajar tu kadang terasa macam nak menagis je sebab x pandai n sering d tegur oleh iman.. adoi laa kadang terasa macam ala bosan la...malas dah nak g .. tapi bila fikirkan balik niat utama aku harus kuat dalam meneruskan segalanya.. kena tahan.. malu jangan cerita laa.. 
Ya allah kau berkatilah dan permudahkan lah segala urusan ku ya allah..sesungguhnya aku terlalu leka dalam meneruskan kehidupan d dunia.. 
TUhan kau bimbinglan hambamu ini dan kau rehdai lah apa jua yang hambamu ini lakukan.. terangkan hatinya..permudahkan segala urusanya.. Ya ALLAH.
KITA SEMUA SAMA BERKHIDMAT UNTUK ANAK BANGSA..

Sekolah kalau d sebut pasal sekolah.. pasti yang paling gembira adalah anak2 yang kembali ke sekolah.. hermm untuk cekgu pun mesti sepatutnya suka jugak sebab ea la dah lama berehat kan...
d awal persekolah kami d unit pergigian begerak.. macam biasa mengadakan lawatan menghantar kad  untuk tindakan guru dan murid2.. kisah nye.. begini.. dalam minggu nie aku n my team begerak menuju ke arah sek yang berada d kawasan yang jauh.. memang d d jangka mesti akan ada cekgu yang akan cakap macam kami semua kena pada kali ini.. huh! macam siot je ingat kami suka sangat nak g sek kamu.. dah kami datang x d sambut ..itu x menjadi masalah sebab my team bukan nak d kompangkan.. cukup laa setakat senyum.. yang aku x boleh tahan siap cakap lagi.."ala kenapa datang awal sangat kami baru 2 minggu skol"nak datang buat rawatan lambat lagi kan.. macam macam laa ayat yang dia keluarkan.. ishkk kalau cekgu sek cina aku x la hangin sangat.. nie kang sek men tu .. DG 44 sey... akan ku ingat nama cekgu itu dan .. katanya nanti datang masa rawatan pandai pandai la ea.. buat macam biasa..
alahai cekgu.. ingat kami nie suka -suka ke nak duk kat sek cekgu.. kami pon bertugas macam cekgu jugak.. kalau cekgu d tugas kan sebagai pendidik kami bahagian merawat kesihatan.. so ada beza ke.. kita memang saling memerlukan.. nak kata kami datang terlalu awal.. x mungkin laa sebab kami datang bukan nak buat rawatan just nak send kad rawatan  jer.. adoi laa apa ke sengal sangat .. becakap macam dia jer yang bekerja.. siot jek..n bila kami ke sek keb pulak berjumpa dengan cekgu kesihatan beria my team mohon maaf takut laa menganggu cekgu kan.. my team siap kena marah lagi jangan cakap macam tu kamu x menganggu pon itu dah tugas kita semua perghhh senyum hati bila mendengar kata kata macam tu.. bukan la kami mintak d puji .. maklamat kita sama wahai cekgu.. bezanya kamu mengajar mungkin teruk sikit dari kami yang merawat nie tapi kita masih sama tugasnya so x payah la nak emo... rilek... dalam setahun berapa lama dah bercuti.. x kan baru masuk sek dah nak cakap macam2 rugi menjadi cekgu yang kalau berkata-kata seperti pengemis.. kan...
so ini la dia cabaran akan d lalui sepanjang akan berapa d sek.. ada yang ok dan ada Ko.. biasa laa tu alah bisa tegal biasa...x kisah la apa yang org nak kata janji kita buat kerja  dan membantu merawat  kanak kanak sek. ok ..

adiosss 

Sunday, January 8, 2012

Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...
Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
reff:
aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
andai kutahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata tobat padaMu
ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertobat padamu
aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga
Advertisement
Dah besar dia...

Tahun 2012 dah sekolah... budak ini.. huhuhu biarpon hanya d taska tapi satu.. proses permulaan yang baik untuk mu wahai anak..
sekolah baik baik jangan nakal2.. nanti cekgu rotan.. risau dengan kamu wahai anak kerana kamu tersangat .. lasak.. fist day sekolah dah kena marah.. hope kamu akan berubah bila lama lama nanti.. GooD luck untuk kamu wahai anak..
Bila ALLAH pinjamkan sedikit kesakitan....

>kali ini aku nak bekonsgi kisah ...bila aku d pinjamkan oleh ALLAH dengan sedikit kesakitan..
aku pon x tahu sampai bila aku akan terus begini.. setiap saat aku terus bedoa..agar segala akan pulih seperti biasa...
  >Kisahnya selepas mak aku meninggal.. aku sering d ganggu ketika ingin tido.. sampai skang aku masih x boleh nak lelap kan mata dengan senang.. ada terasa nak tido tapi mata x mahu pejam.. aku pun x tahu kenapa boleh jadik macam nie.. nak kata aku takut x jugak.. 
>aKu jenuh berubat.. pelbagai.. jenis air yang dah aku minum.. namun masih belum menampak kan tanda tanda yang aku akan baik.. Ya ALLAH terlalu berat ujian yang kamu pinjamkan untuk hambamu ini..
>aKu redha dengan segalanya... setiap penyakit pasti akan ada ubatnya...cuma lambat dengan cepat untuk pulih.. beharap aku masih mampu untuk betahan.. 
  

Kau pergi Jua...

KAU PERGI JUA..

TANGGAL 25 11.2011,aku kehilangan insan yang paling aku sayang...iaitu ibu aku ..masih terdengar suara .. masih ternampak d setiap ruang mata .. masih membayangkan emak masih ada bersama aku..
Nanum ini la hakikat yang harus aku terima yang emak telag pergi buat selamanya.. TUHAN lebih menyanyangi beliau.. mungkin sekarang waktu beliau esok2 akan tiba waktu untuk kita semua.. semua tu telah tertulis.
Aku ingat lagi pada 24 .11.2011 hari gaji.. aku ambik off petang kononnya nak setelkan segala bill n bayar semua hutang2. pada sebelah petangnya.. aku n anak buah aku membakar ayam..konon malamnya nak makan besar la.. emak aku nie bukan jenis yang suka nak makan d kedai,setelah semua siap aku sediakan..pada waktu mangrib aku n kakak aku makan laa beramai2.. selesai makan .. emak solat mangrib.. akak aku balik ke umah mereka, tinggal aku dengan anak2 buah n emak.. macam biasa.. bila malam aku akan tengok tv d atas .. mak akan duduk dalam bilik hanya duduk d atas sejadah sehingga selesai solat isyak..setelah dia selesai solat dia sempat lagi ngemas pinggan mangkuk..aku seperti biasa setelah abis tengok tv cerita my princess aku masuk balik untuk tido,aku sempat lagi besembang dengan emak.. last2 aku tertido.. dalam pukul 10.50 emak kejutkan aku.. katanya bagunla kepala mak sakit sangat..biasa kalau emak sakit dia x pernah kejutkan aku..aku picit kepala dia, katanya x tahan sakit sangat.. aku pujuk dia ajak pergi hospital.. biasanya,kalau sebut hospital memang akan pernah nak pergi.. tapi malam tu agaknya dia sakit sangat.. aku suh anak buah aku call akak aku suh balik..aku terasa macam lama sangat nak sampai.., padahal bukan jauh mana pon.. keadaan mak makin teruk.. masuk bilik air banyak kali.. sampai kan macam ada sesuatu yang menganggu meracau..2..bila akak aku sampai.. mak makin teruk muntah angin.. makin laman kamin x boleh nak becakap.. bila akak aku tanya ayat yang terakhir yang dia sempat jawap sebelom dia kome..MAK SAKIT SANGAT...selepas itu terus dia jer.. aku dengan akak ajar mengucap..kamu berusaha nak membawa emak ke spital.. betul laa kata org bila org sakit niee .. sangat x berdaya untuk kita nak mengangkat..
  abg ipar aku bawak mak g spital.. aku tinggal nak kena jaga anak buah aku yg 3 org nie.. masa tu laa aku call akak n abg aku bagi tahu yang mak sakit...dengan air mata yg bercucuran..aku pergi jugak ke hospital .. aku nekad tinggal je anak buah aku kat umah,hati aku x tenang.. setelah tiba d hospital aku berjumpa dengan MA yang duty ..kata nyaa mak aku nak d bawa ke hoshas.. aku redha je kalau itu boleh menyelamatkan emak aku, aku gagahkan jugak masuk tengok mak kat bilik kecemasan.. sedihnyaa hati hanya tuhan je yang tahu.. setelah DR membuat lawatan... Dr kata memang mak x ada harapan.. tunggu masa je.. lagu hancur hati aku.. aku meraung d tepi tempat mengunggu..d kecemasan.. sehingga kul 1. lebih mak d pindah ke wad biasa.. tekanan darah mak sangat tinggi..Dr kta x perlu d bawa ke temerloh lagi.. aku redha..d dalam wad .. misi2 suh jangan tinggalkan mak.. jaga n terus baca yasin.. aku stay kat wad sampai kul 5 pg.. n aku balik umah kejap masak tuk anak2 buah.. dalam kul 7 aku g semula ke wad.. aku tengok mak dah ok sikit... tekanan darah dah stabil.. nampak macam ada perubahan.. d sebabkan aku terlalu penat aku berehat sebentar d kerusi..sehinga jam 9.20 pagi anak buah aku call mintak aku masuk tengok mak.. waktu tu aku tengok mak dah senyap je tiada lagi dengkuran.. tiada lagi wajar yang ada pada badan n hidung dia..dan misi pon kata ajar mengucap cepat..masa tu hanya tuhan je yang tahu terasa nak betempik d dalam wad tu.. sedih yang tak terhingga..tuhan akhirnya kau jemput jugak emak ku kembali kepadamu.. tepat jam 9.30 pagi sah mak telah kembali kepada penciptanya.. d hari jumaat yang indah..kesedihan yang x terhingga .. sehingga sekarang masih terasa kehilangan.. emak.. semoga emak d tempatkan bersama orag2 yang beriman. d d masukkan d dalam syurga.. amin.. al_fatihah untukmu emak.
AL-FATIHAH.

Sunday, October 30, 2011

salam...
 Dah lama x jenguk kg nie.. sibuk kat kg sebelah je..
huhuhu x tahu nak tulis apa nanti laa.. macam ada sesuatu yang nak dkongsi kan tapi x tahu bila akan ada masa.. 
so untuk kali ini setakat ini sahaja laa dulu...

Wednesday, September 28, 2011

alhamdulillah bertambah lagi usia...

ALHAMDULILLAH..

syukur ya allah kerana masih d beri peluang tuk terus bernafas d muka bumi ini..
ari niee genap usia 35 tahun huhuhu perasaan biasa2 je almaklum aa dah tua..
sebernarnya x tahu nak story apa t la bila free kita update ea...

Monday, September 26, 2011

Hujung minggu yang memenatkan..

hermm hujung minggu dah berlalu..
 kalau sebelom nie hujung minggu aku tersangat la penuh dengan aktiviti
minggu baru nie..banyak sangat undangan majlis hari raya.. maklum aa syawal dah hampir ke penghujungnya..
saBtu pagi bagun je dari tido trus masak tuk mak.. almaklum aa ari nie banyak aktiviti..
siap beres semua kija umah.. aku balik kg.. g jamuaan raya anjuran fecra sg poho.. macam biasa tolong my sepupu masak.. sebab depa dapat kontarak masak tuk jamuaan.. sangat laa seronok.. sebab dapat bekumpul. dapat makan makan free.. 
 konon niat nak pegi jamuaan penyudahnya... sampai balik duk kat kantin je besembang makan2 dan besembang..
itu laa aku bila dapat bejumpa..n bila dah selesai majlis aku  balik umah rehat n try tuk zzz tapi x berjaya.ptgnya pulak aku g merayau dengan sepupu melawat kebun durian org.. almaklum aa aku niee x ada kebun.. dulu banyak laa jugak pokok durian, tapi semua dah mati.. sebab terkena hermm biar aku je laa yang tahu...
dalm g kebun org dapat laa jugak makan durian daun dah lama x makan...huhuhu jahat x aku n x malu kan selamba je g cari durian kat kebun org...
abis bab durianpada sebelam malanya pulak aku ikut rombongan Rt ke melaka n nilai perghh bejalan lagi.. sangat x reti duk diam aaa aku niee kan..
saat sampai d melaka hujan tersangat laa lebat sangat jimat duit sebab x dapat nak bshoping.. lama jugak d melaka sempat g zoo n sempat jugak melayan si aidil dengan lokman.. kecoh budak budak niee..
lepas balik dari melaka.. singgah lak d nilai .. aku laa yang paling kecoh sebab aku kalau dah sampai nilai memang x hiraukan org len dah.. shoping time.. tapi waktu x cukup... x sempat nak beli banyak barang .. huhuhu sangat bekenan kat satu jubah yang sangat cantik tapi x dapat nak beli.. sebab masa x mengizinkan.. 
itu laa aku memang jadual padat dengan berjalan ke merata tempat.. sangat kecoh  sangat memenatkan.. akhirnyaa ..
 entah bila aku akan sampai ke nilai lagi.. melaka aku x kisah sangat ,sebab my sister ada d sana...
huhuhu t aku nak jugak beli apa yang aku inginkan.. tungguuu aaaa


hermm
adiosss

Wednesday, September 21, 2011

Menipu lagi..

Macam biasa ..
pagi pagi.. lepas siap semua kija.. pasti akan on Fb..
ari nie saja test on awal sikit..
macam x percaya je ada msg..
kalau sebelom niee aku memang tunggu msg dari dia..
tapi kali nie aku macam x beminat je nak tengok sapa yang post..
hermm last last aku bukak jugak..
n aku x sangka la si mahfuz yang hantar..
hohoho macam biasa laa kehidupan dia.. x pernah habis dengan penipuan..
ayat macam sama je..kalau d fikir dengan akal yang waras.. boleh ke kita hidup.. dengan..
hp ada d tangan tapi x pernah ada kradit..
hohoho nak menipu pon agak agak aaa kan..
tapi aku dah malas nak ambek pot sebab aku dah tahu jawapan dia..
so aku diam kan ajer laa..
tengok laaa kalau aku rasa nak jawap aku jawap aa.. kalau x sey good bye je aaa..
aku bosan weyy..
bosan...

Tuesday, September 20, 2011

saya sangat beNEKAD..

Tiba tiba malam yg indah niee 
sangat mencoret d blog.. mamai agaknyaa

ari nie akU dah benekad.. tok remove dan mendelete semua msg
semua no tel. dan semua kenangan yang ada..
hohoho walaupon hati aku sedih tapi aku buat buat suka je. 
mula tadi macam x nak je buat semua tapi d sebabkan banyak pekara..
aku nekad jugak tuk delete semuanya.. ambek kau..
hohoho hati aku sedih.. aku rindu.. aku nak dia selalu ada dekat dengan aku..
tapi apa kan daya ..semua tuk x mungkin akan terjadi.. terima laa...
huhuhuhu aku terasa macam nak menagis je bila teringat.. tapi aku kena kuat
lupakan semua itu..
terima kasih teman.. maafkan aku kerana terpaksa lakukan semua ini.. aku..
x berdaya lagi tuk menolak segalanya.. sebelom terlambat.. baik aku pergi.. sob sob sob...
aku sedih.. sedih dan sedih.. tapi aku Nekad..


aKu nekad.. aku nekad..



sangat tidak beselera..

huhuhu..
saya sangat kelaparan d saat ini...
tapi kenapa saya sangat tidak ada selera nak makan..
saya hanya makan sesenduk nasik sahaja tuk malam ini..
saya kah itu.. biasanyaa saya .. kalau makan x kisah ada lauk ke x ..kalau 
xmenambah itu bukan saya aaa..
 tapi tuk malam nie,saya sangat x beselera.. arini saya
just beli makanan kat kedai.. sgt teringin nak makan tomyam
kerabu sotong n telor bungkus.. bila dah minum air tiba tiba rasa macam kenyang sangat..
sudah.. kenapa boleh jadik macam niee..
memang aa impian aku nak kurus .. tapi x kan dah x lalu nak makan jangan begitu..
atau adakah d sebab kan oleh encik zakri @mahfuzz.. hohoho ari niee akusangat teringat akan dia.. tapi apakah daya aku hanya semut merah...
 ermm apa patut aku buat ek.. kena masak megi ke? x mungkin kut .. mata dah nak tido.. lapar tolak tepi je laa kan...
 sapa suh x beselera sangat nak makan. ngada2 je tekak niee..

hermmm 
adiosss

Cameron Oh cameron


ini lah kami geng hijau..
 kisah ini terjadi d cameron  kami mewakili klinik kami tuk masuk pertandingan senamrobik.. huhuhu jangan x percaya.. nampak semua cam body beso je tapi boleh je ..
 walaupon team kami kalah namun semangat tuk besukan tu tetap ada.. suka duka d cameron.. dah agak lama tinggalkan cemeron kalau zaman kija kat ikip dulu selalu jugak pergi.. skang bila dah balik betugas d jajahan sendiri duk lak dengan ibunda ..tersangat laa
                                                                            kurang bejalan.. seronok sesekali dapat join 
                                                                           aktibiti macam niee suka sangat rasanya 
                                                                            duit pun terbang melayang dok shoping sayur..
                                                                          tapi yang pasti kenangan terindah tu., dapat pg
                                                                           cameron.. terbaikkk wooo

Teruja sangat dapat bertemu dengan tuanku

kunjungan kasih duli tuanku ke kg pedah.. huhuhu kg aku.. sangat teruja bila dapat bertemu dengan tuanku.. seingat aku.. last aku jumpa dengan dia secara dekat macam niee tahun 98 d istana pekan .. masa tu aku ada program bacaan yasin d istana..
  d boleh nak d gambarkan betapa gumbiranyaa rasa hati bila dapat  menanti kehadiran tuanku d sek ..masa zaman aku kanak2. suka sangat rasa hati.. sangat bangga bila tuanku sampai jua ke sek kami..
bangga sekejap menjadi pelajar sek keb tanah Rom..
tuanku sultan singgah d majlis walima kat kat aku.. anak dato mat kawin tapi aku x sempat pon nak tengok pengantin. sibuk melayan anak buah aku nak menengok heli.. layan je aa sesekali dapat peluang kan.. dah macam jakun pon ada aku nie.. x kisah aa org  nak kata apa pon asal aku bahagia.. betul dak ...

ermm pasniee bila lagi la agaknyaa dapat bertemu dengan taunku.. 
sangat besar impian niee.. huhuhu rasa kalau x ada majlis macam niee memang x akan merasa lagi laaa.
x kisah aa janji aku dapat jugak bertemukan.. walau dalam keadaan apa sekalipon..
terima kasih tuanku sultan .. raja bejiwa hamba..

adiosss...

Rindu mengamit kenangan..

Rindu datang bertamu d dalam hati... itu la ungkapan yg paling indah untuk d ucapkan..
walau hanya untuk seketika tapi terasa cukup bahagia..

  Bila teringat tentang  kisah ini.. teringat masa zaman kanak2 rabina.. zaman muda belia...zaman dulu org kata cinta zaman kanak2 sangat la indah.. bunyi enjin motor pon dah cukup happy..begitu la..kisahnya... teringat zaman aku duk d taman sri keramat maran.. 
bekenalan dengan seorang budak kut waktu itu.. beza aku dengan dia cuma setahun jerk .. tapi aku dah x sek.. bezanya waktu itu dia masih sek..
  Dulu kami memang baik.. tapi masa zaman budak budak mana laa fikir semua niee.. last last aku dapat kija kat kuantan .. tinggal laa daerah maran yang tercinta.. betahun jugak aku d kuantan.. dengan izin Allah aku pernah bertemu sekali dengan budak ini.. setelah betahun terpisah.. tapi d saat aku jumpa dia dah bekahwin.. masa tu aku pon dah ada sayang la kununnya.. kisah sepi begitu je laa..
 zaman skang nie zaman makin maju.. makin cnggih boleh cari kwan melalui Pc je.. dengan ada FB aku x berusaha pon nak mencari.. kononnya ..ala org dah kawin nak cari buat apa..
suatu hari aku..ternampak gambar dia kat Fb anak buah dia.. macam x percaya jugak adakah benar itu dia.. wajah memang x berubah langsung...cuma ada gemuk sikit je aa..
 nak x nak aku trus add kat Fb.. n macam x percaya je dia jawap n betul la dia org yang aku maksudkan.. suka nyaa dalam hati bila dapat bertemu balik teman lama.. malam tu kami msg kat Fb je laa. n esok hari nya.. dia call ..perghhhh memang x percaya laa.. suara sama je .. tetap macam dulu.. cuma bezanya dia tetap suami org.. huhuhu.. sembang2 punya sembang banyak laa cerita yang  d kongsi bersama ..almaklum aa dah betahun x bejumpa.. gumbira laa sangat rasa hati ini.. cewahhh.. mengong je....
   
walau hati masih teringat .. masih x boleh nak melupakan tapi terpaksa jugak.. sebab status antara kita kan.. awak.. saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak bersama anak2.. andai d izin tuhan pasti kita akan besua.. kalau nak d ikutkan jarak antara kuantan dan jerantut bukan laa jauh mana. tapi kita yang d berikan akal fikiran nie  sebolehnyaa cuba mengelak dari ujudnya kisah kisah lama barang yang lama usah d kenang.. walaupon banyak kata kata awak yang saya abaikan...bagi sya semua nya.. dah terlambat... saya bahagia dengan kehidupan saya dan saya tetap mendoakan untuk awak.. semoga sinar kebahagiaan menjadi milik awak yang abadi..
saya gemberia sangat dapat bertemu dengan awak.. tiap ari saya tunggu kat Fb.. saya ingat kata kata awak.. apakah daya . saya hanya penunggu yang dah x mampu untuk terus menunggu .mungkin pertemuan kita hanya untuk seketika.. terima kasih pada awak kerana masih ingat pada saya.. pada semua kenangan d zaman kanak2 rebina.. semua itu indah untuk d kenang.. zaman dah berlalu semua dah berubah.. 


 semoga kita d pertemukan lagi.. semoga  ikatan persahabatan kita x putus untuk selamanya.. 


terima kasih teman..

Monday, September 19, 2011

hermm ..
sudah agak lama x mengupdate blog nak kata bz x jugak.. tapi tahu nak menulis apa.. terlalu banyak kisah sepanjang sepi itu.. huhuhu..
  aRinie tiba tiba teringin nak bukak blog.. sekali lupa la pulak ada nama n pasword dia.. sengal betul laa jenuh memikir.. itu laa bila diri dah tua begitu aa banyak sangat benda yang dah lupa...
 untuk kali nie x nak story panjang .. tunggu esok lusa aa kasi jiwa ok sikit .. otak tenang sikit.. perut cukup d isi .. akan ku mencoret d sini. huhuhu..

itu sahaja aa dulu t aKu sambung aaa

taraaa...

Wednesday, July 6, 2011

 ibu ku.. abgiparku.. dan anak buahku..

ibu ..mak.. mama.. umi.. mamy..mek..semua tu gelaran tuk org yang paling kita sayang..sejak 2 menjak nie mak aKu sering sakit.. keadaan mak sangat membimbangkan.. hati tersangat laa risau bila teringat mak yg tinggal sorang diri kat umah..semoga  ALLAH sentiasa melindungi mak dalam apa jua keadaan..semoga mak akan terus sihat ...

ini pulak kisah abgiparku... dia pon sejak 2 menjak nie sering sakit.. kesian kakaku dia agak risau.. bila keadaan abgiparku sering d landa sakit x mengira waktu..untuk kakaku semoga tabah dan terus mengaja abang dengan baik.. semoga ALLAH memberkati dan menerima segala apa yang dia minta.. insyallah..

mamat ini anak buah akU dia d lahirkan sebagai o.k.u. dia niee kalau dulu mak yang jaga .. tapi sejak mak x sihat keadaan agak huru hara sedikit..mamat terpaksa d hantar ke sek tunas murni d mana sek tuk kanak kanak istimewa..kesian mamat.. sabar ek kita doakan aTok cepat sembuh supaya boleh jaga mamat balik...

sedihnyaa bila semua org yang kita sayang sakit